KLUANG - Sepasang suami isteri maut manakala dua anak perempuan mereka cedera apabila terbabit kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan lori di Jalan Mersing, berhampiran Felcra Berhad Sungai Kahang di sini, petang Jumaat.Dalam kejadian jam 4.53 petang itu, pemandu kereta, Mislan Osmin, 54, dan penumpang hadapan yang juga isterinya, Nor Azilah A Rahman, 49, meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Fauzi Mohd Nor berkata, enam anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) dikejarkan ke lokasi kejadian.Menurut Mohd Fauzi, setibanya di lokasi kejadian jam 5.21 petang, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati kemalangan melibatkan lori 30 tan dengan kereta jenis Hyundai."Pasangan suami isteri ditemui tersepit di bahagian hadapan manakala dua anak mereka berusia 28 dan 24 tahun kemudiannya dikeluarkan pasukan bomba."PKO menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas kemalangan jalan raya (RTA) bagi mengeluarkan semua mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan."Mayat mereka dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut sementara dua anak yang cedera masih menerima rawatan," ujarnya.Operasi tersebut selesai kira-kira jam 6.10 petang.
Suami isteri maut, dua anak perempuan cedera nahas dua kenderaan
Story details
- Published
- By
- TAUFIK SALIMIN
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Berita Harian Wanita cedera, anak dalam kandungan maut kemalangan
- Sinar Harian Suami isteri maut, dua anak perempuan cedera nahas dua kenderaan (this story)
- Free Malaysia Today Suami isteri maut nahas di Johor
- Harian Metro Jalan licin punca nahas korban suami isteri

