Pelakon, Amyza Aznan memaklumkan anak keduanya, Adrian Adam kini masih meneruskan rawatan kemoterapi bagi merawat kanser tulang yang dihidapinya.

Katanya, Adrian perlu menempuh beberapa kitaran kemoterapi yang panjang untuk pulih.

“Ada banyak kimoterapi yang perlu dilaluinya, jadi masih jauh lagi ke arah pemulihan.

“Diharapkan kemoterapi ini membantu mengecilkan ketumbuhan dia dan bagi hilang terus,” katanya selepas konsert akhir Kilauan Emas Selebriti yang berlangsung Ahad lepas.

Amyza memaklumkan dia sedar anaknya itu menahan kesakitan meskipun Adrian tidak menunjukkan perkara itu kepadanya.