PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan menggunakan simbol parti.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik parti yang dipengerusikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, Bersatu bersedia untuk membincangkan dan memperhalusi bentuk kerjasama atau electoral pact dengan mana-mana parti.
“Keputusan untuk mewujudkan electoral pact dalam PRN Melaka adalah bertujuan untuk mengoptimumkan potensi bagi menjamin kestabilan dan kelangsungan pentadbiran Kerajaan Negeri yang moderate dan progresif demi kesejahteraan rakyat Negeri Melaka,” katanya dalam kenyataan.







