sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya selepas skuad negara menewaskan Vietnam 1-0 untuk meraih tempat ketiga Piala FIFA ASEAN, sebentar tadi.
Menerusi hantaran di media sosial, Anwar turut memuji pencapaian Harimau Malaya yang menamatkan saingan kejohanan tanpa kalah dan tanpa bolos, sekali gus menutup kempen dengan catatan membanggakan.
"Syabas dan tahniah kepada Harimau Malaya atas kejayaan menewaskan Vietnam, sekali gus meraih tempat ketiga serta menamatkan saingan Piala FIFA ASEAN tanpa kalah dan tanpa bolos!" katanya.
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pemain dan barisan kejurulatihan atas kesungguhan serta semangat juang yang dipamerkan sepanjang kempen, terutama dalam usaha mengharumkan nama negara.








