KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Harimau Malaya mengekalkan momentum selepas melakar kemenangan bergaya 6-0 ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026, malam tadi.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata semangat juang dan kesungguhan skuad negara sepanjang kempen wajar diteruskan walaupun Malaysia terlepas peluang ke final selepas menamatkan saingan kumpulan di tempat kedua.
"Tahniah Harimau Malaya atas kemenangan bergaya 6-0 ke atas Singapura dalam aksi Piala ASEAN FIFA 2026 malam tadi.
"Walaupun terlepas ke final, semangat juang dan kesungguhan Harimau Malaya sepanjang kempen tetap membanggakan seluruh rakyat Malaysia, sekali gus membuktikan pasukan negara mampu bersaing dan memberikan yang terbaik," katanya.






