KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu hasil perbincangan mengenai kewangan Islam diterjemahkan kepada dasar, produk dan amalan yang memberi manfaat kepada masyarakat, bukan sekadar kekal sebagai wacana.
Katanya, platform itu perlu melangkaui sempadan dialog kepada pelaksanaan.
"Marilah kita melonjakkan usaha ke arah pelaksanaan.
"Mari kita pastikan segala buah fikiran dan cetusan idea yang terhasil di sini diterjemahkan menjadi dasar, produk dan amalan yang mampu mengangkat martabat serta membela masyarakat," katanya dalam Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) 2026, hari ini.






