mukhriz.husin@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Rakyat digesa menyuburkan kepimpinan pemikiran syariah supaya terus berakar umbikan tradisi, responsif dan tangkas dalam mendepani perkembangan semasa kewangan Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata usaha itu penting bagi memastikan institusi berkenaan kekal relevan, inovatif, inklusif dan berdaya saing di peringkat global.

Katanya, kepimpinan pemikiran syariah juga perlu diperkukuh menerusi kerjasama strategik antara cendekiawan, pengawal selia, institusi kewangan dan pemain ekonomi.

"Marilah kita melonjakkan usaha ke arah pelaksanaan. Mari kita pastikan segala buah fikiran dan cetusan idea yang terhasil di sini diterjemahkan menjadi dasar, produk dan amalan yang mampu mengangkat martabat serta membela masyarakat.