CERITA tentang hubungan cinta Noor Nabila dengan Ameer Aiman bukan perkara baharu tetapi mereka sekali lagi menjadi bahan bualan dalam media sosial.

Semuanya disebabkan konten-konten yang dikongsi Ameer dalam TikToknya sepanjang percutian di Paris, Perancis baru-baru ini.

Bukan perkongsian menjelekkan sebaliknya Nabila dikatakan beruntung kerana memiliki kekasih yang memberi layanan bagaikan puteri kepadanya.

“Untung Nabila dapat lelaki macam Ameer yang beri layanan macam permaisuri.

“Cepat-cepatlah kahwin, mesti lagi ‘sweet’ percutian,” komen netizen.