KUALA LUMPUR – Sebanyak empat kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, manakala 57 kawasan lagi merekodkan bacaan sederhana setakat pukul 10.12 pagi ini.

Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara, Pasir Gudang di Johor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 153.

Ia diikuti dua kawasan di Sarawak iaitu Sri Aman dengan bacaan 152, dan IPD Serian (131), manakala satu lagi iaitu Larkin, Johor merekodkan IPU 124.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Sementara itu, sebanyak 57 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.