KUALA LUMPUR - Empat kawasan di Johor dan Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sri Aman di Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 152, diikuti Pasir Gudang, Johor (151).Dua kawasan lagi ialah IPD Serian, Sarawak (126) dan Larkin, Johor (121).Sementara itu, 61 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua kawasan berada pada tahap baik iaitu Taiping, Perak (44) dan Temerloh, Pahang (42).Bacaan IPU bagi stesen Kota Kinabalu, Sabah pula tidak tersedia pada waktu berkenaan.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya). - Bernama
Jerebu: Empat kawasan catat IPU tidak sihat
Story details
- Published
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Jerebu: Banyak kawasan rekod bacaan IPU sederhana
- Utusan Malaysia Sri Aman antara empat kawasan catat IPU tidak sihat
- Sinar Harian Jerebu: Empat kawasan catat IPU tidak sihat (this story)
- Harian Metro Jerebu: Empat kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini




