Melahirkan seorang atlet bertaraf dunia bukan sekadar soal bakat, tetapi memerlukan ekosistem sukan yang kukuh dan menyeluruh bagi mencungkil, membimbing serta mengembangkan potensi mereka sejak di bangku sekolah.Walau di mana pun langkah pertama itu diambil, satu perkara pasti, bakat tidak akan berkembang tanpa peluang dan ruang untuk terus diasah.Menyedari pentingnya membina asas ini sejak awal, MILO® telah berdiri bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selama 68 tahun dalam menyokong pembangunan sukan dari peringkat akar umbi, dengan komitmen untuk membuka akses kepada sukan dan memastikan generasi muda mempunyai ruang untuk mengambil bahagian sejak usia awal.Di sebalik kejayaan ramai atlet negara di pentas antarabangsa, perjalanan mereka bermula jauh lebih awal, dengan langkah pertama yang sering tercipta di padang sekolah.Dalam usaha ini, Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) memainkan peranan penting sebagai salah satu platform dalam laluan pembangunan sukan negara, memberi ruang kepada atlet muda untuk bersaing, menimba pengalaman dan mengembangkan potensi mereka.Selama lebih enam dekad, MSSM menjadi medan penting untuk mengenal pasti bakat baharu dari seluruh negara.Dari pentas inilah lahir ramai atlet yang kemudiannya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa, termasuk jaguh skuasy negara, Sivasangari Subramaniam dan Ng Eain Yow; penerjun Olimpik Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong dan Nur Dhabitah Sabri, selain pelari pecut sensasi, Muhammad Azeem Mohd Fahmi.Kerjasama MILO® bersama KPM dan MSSM membantu memastikan platform seperti ini terus memberi generasi muda pendedahan kepada pertandingan sebenar, sekali gus membina keyakinan dan membantu mereka memahami kemampuan diri.Pegawai Eksekutif Perniagaan, MILO® Malaysia, Ng Su Yen berkata, MILO® percaya bahawa bakat hanyalah titik permulaan."Sepanjang 68 tahun bersama KPM dan MSSM, kami telah melihat betapa pentingnya sokongan yang konsisten dalam memberi ruang kepada atlet muda untuk menimba pengalaman, mencabar kemampuan diri dan terus maju. Inilah asas yang perlu kita bina hari ini untuk memperkukuh masa depan sukan Malaysia."Bagi kami, ia bukan sekadar tentang melahirkan juara, tetapi memastikan lebih ramai generasi muda berpeluang merasai sendiri manfaat sukan, manakala mereka yang mempunyai potensi dan aspirasi diberikan ruang untuk terus melangkah lebih jauh," katanya.Pembangunan sukan akar umbi bukanlah sesuatu yang berlaku dalam tempoh singkat.Ia memerlukan pelaburan jangka panjang, sokongan yang konsisten dan akses kepada peluang sukan yang berterusan untuk menggalakkan lebih ramai kanak-kanak mengambil bahagian sejak usia muda dan terus berkembang sepanjang perjalanan mereka.Padang sekolah medan lahirnya juaraDi sebalik setiap pencapaian atlet, terdapat perjalanan panjang yang dipenuhi latihan, cabaran dan pengorbanan.Ada yang bermula sekadar mencuba sukan yang diminati, sebelum bakat mereka mula menyerlah.Ada juga yang mendapat peluang pertama untuk bersaing melalui sekolah sebelum melangkah ke pertandingan di peringkat daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan.Perjalanan ini turut diperkukuh melalui sokongan berterusan KPM dan MILO®, yang selama hampir tujuh dekad membantu menyediakan persekitaran dan peluang untuk generasi muda terlibat dalam sukan dan memperoleh pengalaman pertandingan sejak peringkat awal.Apabila melangkah ke MSSM, atlet muda berpeluang menguji kemampuan di peringkat kebangsaan, berdepan persaingan yang lebih mencabar serta mempersiapkan diri untuk cabaran seterusnya.Komitmen tersebut diteruskan menerusi sokongan MILO® terhadap Kejohanan Olahraga MSSM Ke-66 Tahun 2026, yang berlangsung dari 21 hingga 25 September 2026.Kejohanan ini menghimpunkan atlet sekolah dari seluruh negara dalam persekitaran kompetitif yang membolehkan mereka menguji kemampuan, meningkatkan prestasi dan memperoleh pengalaman di peringkat kebangsaan.Bersama membina ekosistem sukan negaraBakat semata-mata tidak mencukupi dan perjalanan seorang atlet juga tidak bergantung kepada individu sahaja.Di belakang mereka ada ibu bapa yang memberi dorongan, guru dan jurulatih yang membimbing serta sekolah yang menyediakan ruang untuk mereka belajar dan berkembang.Dalam ekosistem inilah MILO® memainkan peranan sebagai rakan pembangunan sukan akar umbi.Komitmennya melangkaui sokongan terhadap kejohanan, merangkumi pelbagai inisiatif dan platform sukan yang membantu memperluas akses serta menggalakkan penglibatan generasi muda dalam sukan.Lebih daripada sekadar kemenanganApa yang membezakan perjalanan seorang atlet bukan hanya jumlah pingat yang dimenangi, tetapi pengalaman yang membentuk jati diri sepanjang proses tersebut.Menyedari hakikat itu, MILO® terus mengetengahkan kisah-kisah inspirasi atlet, muda, bukan hanya pencapaian mereka, tetapi juga bagaimana mereka bermula, cabaran yang ditempuhi dan pengalaman yang membentuk perjalanan mereka dalam sukan.Bagi MILO®, inilah nilai yang dibina melalui komitmen jangka panjang terhadap sukan akar umbi.Tidak semua kanak-kanak yang mengambil bahagian hari ini akan menjadi atlet kebangsaan, namun setiap daripada mereka berpeluang memperoleh sesuatu yang bermakna daripada sukan.Setiap juara tidak dilahirkan dalam sekelip mata, sebaliknya dibentuk melalui latihan, pengalaman dan sokongan yang berterusan.Justeru, memperkukuh sukan dari peringkat akar umbi bukan hanya tentang melahirkan atlet untuk hari ini, tetapi membina asas untuk generasi yang akan membawa sukan Malaysia lebih jauh pada masa hadapan.
68 tahun KPM- MSSM-MILO® menyemai impian, melahirkan juara!
Story details
- Published
- By
- NORSHAHZURA MAT ZUKI
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗




