PORT DICKSON - Seorang lelaki maut, manakala isteri dan anak perempuannya cedera selepas kereta Perodua Myvi dinaiki tiga beranak itu bertembung dengan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol di Kilometer 13.5, Jalan Lukut-Sepang, di sini semalam.Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, pemandu kereta berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala isterinya berusia 32 tahun dan anak perempuan mereka berusia lima tahun mengalami kecederaan.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori dipandu lelaki berumur 46 tahun dari arah Lukut menghala ke Sepang dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta tersebut."Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Saringan awal mendapati ujian air kencingnya negatif, namun ujian pernafasan menunjukkan bacaan alkohol melebihi had yang dibenarkan. Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.Beliau berkata, pemandu lori telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala permohonan reman akan dibuat pagi ini dan siasatan lanjut masih diteruskan. - Bernama
Suami maut, kereta dinaiki tiga beranak bertembung lori dipandu pemandu mabuk

Key takeaways
A 35-year-old man died in a car accident in Port Dickson after his car collided with a lorry driven by a 46-year-old man under the influence of alcohol.
- A car crash occurred at Km 13.5 on Jalan Lukut-Sepang in Port Dickson.
- The driver of the car, a 35-year-old man, died at the scene due to severe injuries.
- The driver of the lorry, a 46-year-old man, tested positive for alcohol but did not suffer any injuries.
- The wife and 5-year-old daughter of the car driver were injured and taken to Hospital Port Dickson for further treatment.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Dua pelajar maut, seorang parah nahas motosikal dan kereta
- Free Malaysia Today Suami isteri maut nahas di Johor
- Sinar Harian Suami maut, kereta dinaiki tiga beranak bertembung lori dipandu pemandu mabuk (this story)



