am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Sebanyak empat kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7 pagi ini, dengan Sri Aman, Sarawak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 151.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Serian dengan bacaan 120, diikuti Pasir Gudang (135) dan Larkin (106) di Johor.
Secara keseluruhan, 61 stesen merekodkan bacaan IPU sederhana, manakala 2 stesen rekodkan bacaan IPU tahap baik.
Tiada stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya setakat jam 7 pagi ini.









