harisfadli@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat lantikan kerajaan untuk mengutip wang bagi pihak agensi berkaitan, namun boleh tidak menyerahkan hasil pungutan hingga mencecah RM200 juta.
Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, itu persoalan utama yang perlu diperjelaskan dan sekiranya benar, tindakan penggantungan sahaja tidak memadai.
Menurutnya, ia bukan transaksi komersial antara sebuah syarikat dan pihak kerajaan, sebaliknya mereka diberikan amanah untuk mengutip wang rakyat bagi pihak agensi berkaitan, justeru ini isu yang serius.
"Apabila sesebuah syarikat dilantik sebagai ejen pemungut hasil kerajaan, wang yang diterima daripada rakyat membawa amanah awam yang sangat besar.






