PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan dilapor mengesahkan syarikat perkhidmatan kewangan, Zetrix AI berhutang lebih RM200 juta kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Zetrix AI, yang sebelum ini dikenali MyEG Services Bhd, didakwa gagal menyerahkan wang dikutip bagi pembaharuan cukai jalan, lesen memandu dan saman trafik.
The Edge memetik jurucakap Kementerian Pengangkutan mengesahkan jumlah itu.
Ini menyusul laporan akhbar Singapura, Straits Times, yang mendakwa Zetrix gagal memindahkan dana itu selepas kontrak tiga tahunnya dengan JPJ bermula Mei 2023.






