KUALA LUMPUR: Syarikat teknologi Malaysia, Zetrix AI yang sebelum ini dikenali sebagai MyEG, dipercayai berhutang lebih RM200 juta dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membabitkan kutipan pembaharuan cukai jalan, lesen memandu dan saman trafik.
The Straits Times (ST) hari ini melaporkan, dokumen rasmi yang dilihat akhbar Singapura itu menunjukkan Zetrix gagal menyerahkan kutipan berkenaan sejak permulaan kontrak tiga tahun dengan JPJ pada Mei 2023.
Memetik seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali, ST melaporkan jumlah tertunggak sehingga akhir September lalu melebihi RM200 juta.
"Sehingga akhir September, jumlah tertunggak jauh melebihi RM200 juta," kata pegawai berkenaan seperti dipetik ST.






