KUALA LUMPUR: Pengarah teknikal skuad berbasikal kebangsaan, John Beasley mengesahkan akan menyertai Jepun selepas meninggalkan skuad berbasikal trek negara.

Beasley mengakui sudah membuat pertimbangan sewajarnya mengenai keputusan untuk membuka lembaran baharu dalam kariernya selepas 20 tahun bersama skuad berbasikal trek Malaysia.

Malah, beliau turut memberi bayangan bahawa Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028) mungkin menjadi tempat terbaik untuk menutup kariernya.

"Ya, saya sudah lama mempertimbangkan perkara ini. Ketua jurulatih dari Jepun itu ialah seorang atlet yang pernah saya latih dan dia pernah memenangi Kejohanan Dunia Remaja.

"Menuju ke LA (2028), ada banyak perkara istimewa di LA. Bapa saya sebahagian daripada pasukan Australia, ketika Australia memenangi pingat emas Olimpik mereka.