LONDON: Thomas Tuchel memaklumkan Manchester City menjadi topik perbualan dalam kem England selepas kelab itu didapati bersalah atas beberapa pelanggaran peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Beliau bagaimanapun menegaskan kes berkenaan tidak akan mempengaruhi keputusannya dalam memilih pemain bagi perlawanan menentang Croatia, Ahad ini.
Keputusan suruhanjaya bebas yang diumumkan awal minggu ini mencetuskan kejutan besar dalam bola sepak England.
City, yang mendominasi EPL sejak 15 tahun lalu berdepan hukuman berat termasuk kemungkinan disingkirkan daripada divisyen utama.
Marc Guehi dan Elliott Anderson adalah dua pemain City yang masih berada dalam skuad Tuchel bagi perlawanan Liga Negara-Negara UEFA menentang Croatia di Rijeka selepas Nico O'Reilly terpaksa menarik diri akibat kecederaan.






