Schipkau, Jerman: Sebuah turbin angin baharu setinggi 365 meter di sini diiktiraf sebagai yang tertinggi di dunia yang dibina khas untuk memanfaatkan tiupan angin yang lebih kencang, lapor Euronews.
Menurut pemajunya, Gicon, turbin angin di timur Jerman itu kini mencapai ketinggian penuh 365 meter (1,197 kaki).
Rakaman dari udara menunjukkan struktur gergasi berkenaan menjulang tinggi merentasi kawasan sekeliling dengan beberapa pekerja kelihatan berhampiran bahagian puncak menara.
Turbin yang terletak di Schipkau, Brandenburg itu kini menjadi struktur kedua tertinggi di Jerman, hanya tiga meter lebih rendah berbanding Menara TV Berlin.
Ketinggian luar biasa itu membolehkan turbin berkenaan mencapai paras angin yang lebih kencang dan konsisten, sekali gus berpotensi menjana lebih banyak tenaga elektrik berbanding turbin lain di kawasan berhampiran.






