sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kini tinggal satu sahaja lagi emas untuk meletakkan nama Datuk Mohd Sumali Reduan selaku Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Asia paling berjaya dalam sejarah dari segi pungutan pingat emas pada temasya berkenaan.
Ketika ini, atlet negara sudah mencapai sembilan pingat emas, lima perak dan 16 gangsa untuk menyamai rekod pungutan emas 16 tahun lalu di Guangzhou 2010.
Bagi Sumali, tugas selaku CDM ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bukan sekadar melawat venue pertandingan semata-mata, sebaliknya ia memerlukan perancangan yang tersusun sejak awal untuk memastikan kontinjen negara mampu membawa pulang kejayaan lebih baik berbanding edisi sebelum itu.
Justeru, selepas melakukan tinjauan persiapan setiap sukan sebelum Sukan Asia bermula, maka satu langkah berani diambil dengan meletakkan sasaran peribadi 10 pingat emas pada temasya kali ini.






