KUALA LUMPUR: Empat kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap tidak sihat, setakat jam 7 pagi ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Sri Aman di Sarawak merekodkan bacaan IPU tertinggi dengan 151, disusuli Serian (120), selain Pasir Gudang (135) dan Larkin (106) di Johor.
Secara keseluruhan, 61 stesen merekodkan bacaan IPU sederhana, manakala dua stesen pula tahap baik.
Tiada stesen merekodkan bacaan IPU tahap sangat tidak sihat atau berbahaya, setakat jam 7 pagi ini.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan lebih 300 (berbahaya).









