KUALA LUMPUR: Indeks penunjuk utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,620 hingga 1,650 minggu depan yang menyaksikan usaha pengumpulan saham mewah yang berkualiti susulan penurunan itu, kata penganalisis.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata paras sokongan segera dijangka pada 1,620 manakala sebarang penembusan paras 1,650 berkemungkinan mendorong pergerakan ke arah 1,660 indeks berkenaan.
"Sebarang pergerakan mengukuh melangkaui paras 1,660 dapat menyerlahkan peluang dari segi teknikal dalam masa terdekat, menyuntik kestabilan harga minyak mentah serta penyertaan lebih ketara bagi indeks saham wajaran tinggi," katanya kepada Bernama.
Bagi dagangan minggu ini yang berakhir semalam, aktiviti pengambilan untung dan tekanan jualan menguasai dagangan awal dan disusuli jualan besar-besaran yang mendorong aktiviti pembelian ketika pasaran memasuki keadaan terlebih jual.






