SEPANG: Kegembiraan penyokong menyaksikan aksi Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Air Gulf Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bertukar mimpi ngeri apabila mereka terpaksa menunggu berjam-jam dan berebut bagi mendapatkan bas perantara untuk pulang selepas tamat hari pertama, semalam.
Malah, ada penyokong yang sanggup berjalan kaki sehingga hampir 18 kilometer kerana tidak lagi sanggup menunggu dalam kesesakan dan berebut menaiki bas yang disediakan untuk membawa mereka keluar dari kawasan litar.
Situasi paling mencetuskan rasa tidak puas hati berlaku selepas tamat sesi latihan kedua (FP2) apabila ribuan penyokong mula membanjiri kawasan menunggu bas, menyebabkan barisan bertukar sesak dan tidak teratur.






