saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengurusan perkhidmatan bas perantara khas percuma di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mencetuskan rungutan kalangan peminat Formula 1 (F1) pada hari pertama Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain, semalam susulan dakwaan mereka terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan bas selepas meninggalkan kawasan litar.

Menerusi hantaran di Threads, pengguna yang dikenali sebagai @dan_anyeal mendakwa sudah beratur untuk mendapatkan pengangkutan awam kira-kira jam 5 petang, namun hanya menaiki bas pada jam 9 malam.

"Mula beratur jam 5 petang, tapi jam 9 malam baru dapat naik bas. Empat jam.

"Memang kecewa dengan pengurusan pengangkutan hari ini. Kalau benda ini tidak ada penambahbaikan, hari Sabtu dan Ahad ini keadaan boleh menjadi lagi buruk," katanya menerusi perkongsian di laman sosialnya itu, malam tadi.