KUALA LUMPUR: Pengunjung hari pertama acara Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam, merungut terpaksa beratur berjam-jam untuk menaiki bas perantara khas percuma ketika mahu pulang selepas menonton perlumbaan Formula Satu (F1) itu.

Dalam hantaran melalui Threads, seorang pengguna dikenali sebagai @dan_anyeal, mendakwa kecewa dengan pengurusan perkhidmatan pengangkutan itu apabila hanya dapat menaiki bas berkenaan sekitar jam 9 malam selepas beratur sejak kira-kira jam 5 petang.

"Mula beratur jam 5 petang tetapi jam 9 malam baru dapat naik bas. Empat jam.

"Memang kecewa dengan pengurusan pengangkutan hari ini. Kalau benda ini tidak ada penambahbaikan, Sabtu dan Ahad ini keadaan boleh menjadi lagi buruk," katanya menerusi perkongsian di laman sosialnya itu, malam tadi.