Kuala Lumpur: Kesesakan pengunjung yang meninggalkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas acara perlumbaan hari pertama Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam berlarutan sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) apabila orang ramai terpaksa beratur panjang untuk menaiki Express Rail Link (ERL).
Rakaman yang dikongsikan di media sosial memaparkan barisan penumpang memenuhi ruang di tingkat dua KLIA2, dipercayai terdiri daripada sebahagian pengunjung yang mahu meneruskan perjalanan pulang selepas meninggalkan SIC.
Seorang pengguna Threads, @ishvinderjitsingh mendakwa beliau bertolak dari SIC kira-kira jam 7 malam sebelum hanya tiba di KLIA2 pada jam 9.30 malam.










