mdroji@bh.com.my

Kuching: Terminal Gas Asli Cecair (LNG) terapung Kuching yang dibangunkan menerusi kerjasama Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) dan syarikat Norway, Höegh Evi, dijangka mula digunakan pada 2029 sebagai sebahagian daripada pembangunan Hab Rendah Karbon Kuching (KLCH).

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, kerjasama dengan Höegh Evi, syarikat yang mempunyai pengalaman lebih 50 tahun dalam pengurusan dan pengendalian kemudahan LNG terapung dimeterai selepas lebih setahun rundingan.

Beliau berkata, teknologi LNG terapung membolehkan gas disimpan di kapal tangki sebelum bahan api berkenaan disalurkan ke darat atau diagihkan kepada pembeli dalam jumlah lebih kecil mengikut keperluan.