am@hmetro.com.my
Sungai Petani: "Abah sepatutnya bernikah pada 12 Disember ini tapi tak sangka kejadian ini berlaku tapi kami semua reda selain berharap abah ditemui segera, " kata Muhamad Noor Mat Yusof, 43.
Muhamad Noor adalah anak kepada Mat Yusof Hashim, 77, yang masih hilang selepas kereta Proton Wira yang dipandunya terbabas ke dalam Sungai Lubuk Kawah di Jalan Lubuk Segintah, Lubuk Kawah di sini, malam tadi.
Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mencari mangsa sedang dilakukan di lokasi kejadian membabitkan anggota Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan anggota BBP Aman Jaya.
Mohamad Noor berkata, bapanya dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Masjid, FELDA Teloi Timur selepas menghantar bakal isterinya pulang ke Sidam selepas makan malam bersama.










