am@hmetro.com.my
Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh lanjutan tempoh reman selama tiga hari terhadap seorang pengurus syarikat yang disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi mendapatkan pengurangan cukai bernilai kira-kira RM200 juta.
Lanjutan tempoh reman itu, dari 4 hingga 6 Oktober, dikeluarkan oleh Majistret Illya Syaheedah Mohd Razif di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.
Perintah itu diberikan susulan permohonan oleh SPRM selepas tempoh reman awal suspek tamat hari ini.
Lelaki berusia 40-an itu adalah pengurus di sebuah agensi yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan korporat.










