saufi@mediaprima.com.my
Perlumbaan membawa kecerdasan buatan (AI) ke dalam telefon pintar kini memasuki fasa baharu.
Pengeluar cip terkemuka, Qualcomm Technologies Inc memperkenalkan dua platform mudah alih kelas perdana iaitu Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 dan Snapdragon 8 Elite Gen 6.
Qualcomm menyatakan bahawa kedua-dua platform berkenaan menggunakan 'sistem atas cip' (SoC) mudah alih terpantas di dunia.
Kedua-duanya menggabungkan prestasi tinggi dengan kecerdasan dalam peranti, merangkumi kemajuan dalam AI, permainan video, kamera serta kesalinghubungan.








