KUALA LUMPUR: Selepas empat dekad menabur bakti dalam dunia lakonan, pelakon veteran, Fathil Dani, 65, kecewa apabila mendakwa tawaran membintangi sebuah produksi yang sudah dijanjikan kepadanya akhirnya ditarik balik.
Lebih mengecewakan, Fathil mendakwa pihak produksi memaklumkan keputusan itu dibuat atas alasan namanya kurang dikenali, sedangkan dia sudah mempunyai pengalaman luas dan membintangi puluhan drama sepanjang perjalanan seninya.
Fathil berkata, pembatalan tawaran pada saat akhir bukan sahaja menjejaskan peluangnya untuk bekerja, malah memberi kesan terhadap perancangan kewangan kerana dia sudah bergantung kepada pendapatan daripada produksi berkenaan.
"Memang amat kecewa kerana itulah mata pencarian saya. Saya sudah 40 tahun dalam industri seni dan tidak ada pekerjaan lain.








