PORTO: Bruno Fernandes berkata dia sudah bercakap dengan Cristiano Ronaldo dan menafikan dakwaan wujud perpecahan dalam skuad Portugal selepas pemergian mengejut kapten itu dari kem latihan menimbulkan persoalan mengenai masa depannya bersama pasukan kebangsaan.

Ronaldo, 41, yang juga penjaring terbanyak Portugal, meninggalkan kem di Copenhagen pada Rabu, tidak lama selepas pengendali Jorge Jesus mengakui wujud ketegangan antara mereka.

Penyerang Al-Nassr itu meninggalkan kem sehari sebelum Portugal menentang Denmark dalam aksi peringkat kumpulan Liga Negara-Negara, dengan skuad kendalian Jesus kemudian meraih kemenangan 4-2.

Ronaldo menerusi Instagram berkata dia membuat keputusan itu selepas sidang media Jesus dan perbincangan dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugal, Pedro Proenca. Dia turut berkata akan mendedahkan sebabnya "pada masa yang sesuai".