JAKARTA: Polis Indonesia menerusi skuad antipengganas, Detasmen Khas 88 (Densus 88), menahan 12 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas dalam beberapa siri operasi di enam wilayah sejak Jumaat lalu.
Jurucakap Densus 88, Komisioner Jeneral Mayndra Eka Wardhana, berkata suspek ditahan di wilayah Jawa Barat, Jawa Tengah, Sulawesi Tengah, Sulawesi Selatan, Riau dan Maluku Utara.
Beliau berkata, suspek dikenal pasti berdasarkan singkatan nama masing-masing iaitu HN, SM, HA, YDKAP, Y, S, CG, J, MG, AF dan MW yang berusia antara 22 hingga 52 tahun.
"Suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan Daulah Islamiyah dan rangkaian pengganas lain," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, penahanan itu disusuli beberapa siri siasatan termasuk operasi penggeledahan, penyitaan dan pemeriksaan bahan bukti serta rakaman keterangan saksi dan suspek.






