sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Di sebalik kejayaan meraih emas dan gangsa pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, Datuk Azizulhasni Awang memilih untuk berkongsi kejayaan dengan barisan pelumba wanita negara yang disifatkannya wajar menerima pujian atas peningkatan prestasi mereka.

Jaguh berbasikal trek negara itu melahirkan rasa bangga terhadap skuad pecut berpasukan wanita yang berjaya menghadiahkan pingat perak selepas memberi tentangan kepada kuasa besar China pada perlumbaan akhir, sekali gus memperbaiki pencapaian gangsa yang diraih pada Sukan Asia Hangzhou.

Menerusi hantaran di Instagram, Azizulhasni atau lebih mesra disapa Jijoe berkata peningkatan itu adalah hasil kerja keras serta dedikasi setiap pelumba sepanjang persiapan menghadapi temasya terbesar Asia berkenaan.