am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, yang ditemukan maut selepas disyaki dibunuh di dewan sekolah di Yong Peng, kelmarin, mempunyai pencapaian akademik yang sangat baik dan tidak mempunyai sebarang isu disiplin.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata berdasarkan maklum balas pihak sekolah, Allahyarhamah Irene Sofiya ialah seorang murid yang baik dan disayangi guru serta rakan.
"Kehilangan ini tentunya sangat dirasai, bukan sahaja oleh keluarga tetapi seluruh warga sekolah yang mengenali beliau," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Berita lanjut menyusul










/file/attachments/orphans/564434453_706873.png)