BATU PAHAT: Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan memberi bantuan psikologi kepada keluarga, guru dan rakan Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang disyaki dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, kelmarin.
EXCO Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali, berkata langkah itu bagi memastikan kebajikan serta emosi mereka berada dalam keadaan baik dan stabil berikutan masih ada yang trauma.
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pengetua sudah berjumpa guru dan rakan-rakan Irene Sofiya untuk untuk sesi kaunseling.
"Sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan kita akan lihat pada hari pertama, ketiga dan ketujuh serta perkembangan seterusnya nanti.
"PPD akan maklumkan perkembangannya nanti," katanya selepas melawat keluarga arwah di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, hari ini.









