PETALING JAYA: Penduduk di kawasan sempadan Kelantan terus terdedah kepada risiko banjir berulang apabila projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok mengesahkan kelewatan kronik dari aspek skop, tempoh, kos dan kualiti.
Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata, projek PLSB Sungai Golok masih belum disiapkan seperti yang ditetapkan.
Beliau berkata, fasa satu Projek PLSB mengalami kelewatan dan telah diluluskan Pelanjutan Masa sehingga 21 Julai 2027 berbanding tarikh siap dalam perjanjian tambahan pada 13 Ogos 2024.
“Selain itu, pelaksanaan Fasa 2 turut tertangguh akibat kelewatan proses perolehan,” katanya menerusi kenyataan media Laporan Ketua Audit Negara 2/20226.








