Busan: Percubaan kedua untuk mengembalikan ikan jerung yang terperangkap di sebuah terusan di bandar pelabuhan Busan ke laut lepas berakhir dengan kegagalan pada Jumaat, sekali gus menyaksikan haiwan itu kekal di laluan air berkenaan memasuki minggu ketiga.

Pasukan penyelamat yang menggunakan jaring untuk menangkap haiwan itu terpaksa menamatkan operasi selepas dua jam berikutan risiko jaring gergasi berkenaan tersangkut pada batu.

Pihak berkuasa kini berharap ikan jerung itu akan berenang keluar ke laut lepas secara semula jadi selepas memasang jaring di lokasi berkenaan bagi mengehadkan pergerakannya kembali ke hulu terusan.

Ikan jerung sepanjang 3.5 meter itu pertama kali dikesan di laluan air sempit di Pelabuhan Utara pada 18 September lalu.