Kaherah: Omar al-Hassayna melarikan diri dari Gaza ke Kaherah selepas serangan udara Israel memusnahkan sebahagian besar keluarganya.

Tiga tahun kemudian, dia masih berada di situ sambil menunggu kestabilan, keselamatan dan pembinaan semula yang mencukupi di tanah airnya yang masih musnah untuk membolehkannya pulang.

Hassayna adalah antara lebih 100,000 rakyat Gaza yang meninggalkan wilayah itu sepanjang perang yang tercetus susulan serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober 2023 dan masih terkandas di luar negara, menurut angka Pihak Berkuasa Palestin. Mereka masih meratapi saudara-mara yang terbunuh serta rumah dan kawasan kejiranan yang musnah.

"Saya meninggalkan Gaza dan datang ke Mesir, bumi Kinana (merujuk kepada Mesir), tetapi pada masa yang sama, perkara ini tidak akan dilupakan, saudara saya, ia tidak akan dilupakan," katanya.