KUALA LUMPUR: Seorang daripada 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di Nepal susulan bencana banjir besar dan tanah runtuh, disahkan selamat dan telah pun pulang ke tanah air.
Jurucakap Solidariti Malaysia: Keluarga dalam Harapan (MASFIH), Dr Manivannan Rethinam berkata, individu berkenaan yang juga seorang lelaki Cina dan melancong secara bersendirian, telah melaporkan diri di Kedutaan Malaysia di Kathmandu pada 1 Oktober lalu.
Beliau dilaporkan selamat tiba di Malaysia pagi tadi dan kembali ke pangkuan keluarganya selepas 37 hari berada dalam keadaan tidak menentu.
Pada 26 Ogos lalu berlaku banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat di Nepal menyebabkan 55 rakyat Malaysia dilaporkan gagal dihubungi.






