am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang daripada 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di Nepal susulan banjir dan tanah runtuh teruk ditemukan selamat dan sudah pulang ke tanah air.

Jurucakap Malaysia Solidarity: Families in Hope (MASFIH), Dr Manivannan Rethinam, berkata lelaki berbangsa Cina yang mengembara bersendirian itu melaporkan diri di Kedutaan Malaysia di Kathmandu pada 1 Oktober.

Lelaki itu tiba dengan selamat di Malaysia pagi ini dan kembali bersama keluarganya selepas 37 hari dalam ketidaktentuan.

© New Straits Times Press (M) Bhd