kamarulzaidi@nstp.com.my
Sepang: Ketegangan geopolitik, peperangan dan ancaman keselamatan kini memaksa Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menjadikan pengurusan serta penilaian risiko sebagai komponen penting dalam mengendalikan kalendar sukan permotoran dunia.
Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem berkata, badan induk berkenaan perlu sentiasa bersedia menghadapi gangguan di luar jangkaan selepas sukan permotoran melalui pelbagai kejutan besar, termasuk pandemik COVID-19, peperangan, ketidakstabilan politik dan bencana alam.
Menurutnya, FIA tidak boleh menganggap setiap kejohanan akan berlangsung tanpa sebarang gangguan, namun pada masa sama tidak boleh membiarkan kejadian luar menentukan hala tuju sukan itu secara berterusan.








/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)

