KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak pernah melantik Zetrix AI Berhad untuk mengutip caruman daripada majikan atau pekerja mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
PERKESO dalam kenyataan berkata pelantikan pihak ketiga hanya dilaksanakan untuk kutipan caruman LINDUNG Kendiri dan LINDUNG Kasih yang pelaksanaannya bersifat sukarela.
Katanya, pelantikan mana-mana ejen bagi tujuan berkenaan bukan secara automatik, sebaliknya perlu memenuhi semua keperluan operasi, sistem dan pematuhan yang ditetapkan PERKESO.
"Sehingga kini, Zetrix belum pernah mengutip sebarang caruman keselamatan sosial bagi pihak PERKESO, justeru tidak timbul isu caruman tertunggak, lewat diserahkan atau masih berada dalam pegangan syarikat berkenaan.








/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)
