KOTA BHARU: "Kami sekeluarga tak tahu Zubair pergi ke mana, hinggalah penghulu datang ke rumah maklumkan yang dia sudah meninggal dunia kerana terbabit kemalangan di Gerik dan meninggal dunia," kata abang mangsa nahas di Kilometer 38.5, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, berhampiran kawasan Tasik Banding, Gerik, Perak, semalam.
Mohd Zaruda Deraman, 50, berkata adiknya, Al Zubair Deraman, 31, tidak pernah memberitahu jika ingin ke mana-mana dan biasanya jika harinya cuti dari berniaga di pasar malam, akan berjalan-jalan ke Terengganu saja bersama majikan.
Katanya, mereka sangat terkejut sebaik menerima berita itu kira-kira jam 4 petang semalam dan tidak menyangka Al Zubair akan pergi sehingga ke Gerik.








/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)
