am@hmetro.com.my

Gerik: Nahas tiga kenderaan mengorbankan empat individu di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), di sini hari ini dipercayai berpunca daripada Perodua Axia yang dinaiki mangsa hilang kawalan selepas memasuki laluan bertentangan.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, nahas berlaku di Kilometer 38.5 JRTB berhampiran kawasan Tasik Banding, di sini yang turut membabitkan lori dan sebuah kereta Proton Persona.

Katanya, siasatan awal mendapati Perodua Axia itu dipandu remaja lelaki berusia 19 tahun bersama empat penumpang datang dari arah Gerik menuju ke Jeli, Kelantan.

"Berdasarkan siasatan awal, kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian sisi belakang Proton Persona.