sukan@hmetro.com.my
Nagoya: Dua jaguh karate negara, Adeola Fay Robert dan C Shamalarani muncul atlet Malaysia yang bakal menerima habuan tertinggi susulan kejayaan meraih pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Kedua-duanya bakal menerima ganjaran keseluruhan bernilai RM140,000 hasil RM80,000 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) serta sebuah kenderaan elektrik Proton e.MAS dianggarkan bernilai RM60,000 seperti dijanjikan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF).
Adeola, 20, yang muncul juara kumite wanita bawah 55 kilogram berkata, pemberian berkenaan amat bermakna buat dirinya, malah merancang membawa pulang kenderaan itu ke Sabah untuk kegunaan keluarganya.
"Saya rasa amat bersyukur dan gembira, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MAKAF.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/03/5834bbaa00acdf7e38b536ffb123752f.jpg)