BENTONG: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung aduan insiden yang membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan dilaksanakan mengikut proses sewajarnya bagi memastikan setiap keterangan dikumpul dan kertas siasatan dilengkapkan sebelum tindakan selanjutnya dibuat.
“Apabila aduan telah dibuat, maka pihak berkuasa yakni polis akan menjalankan siasatan. Keterangan diambil dan dikumpul, kemudian mereka lengkapkan kertas siasatan,” katanya selepas majlis penyerahan projek Membina dan Meroboh serta Menaik Taraf Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karak di sini, hari ini.








/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/aa16b69409642838a87d5ec88eb05d82.jpg)
