am@hmetro.com.my
Teluk Intan: Polis tidak menolak kemungkinan wujud elemen kongsi gelap dalam kes seorang ahli perniagaan yang ditembak di sebuah stesen minyak di Bidor, Selasa lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata bagaimanapun siasatan masih diteruskan dan polis belum membuat sebarang kesimpulan mengenai kemungkinan pembabitan kumpulan kongsi gelap.
"Kita akan menyiasat sebelum kita membuat kesimpulan mengenai perkara ini.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita akan melihat semuanya serta mengkaji setiap keterangan, dan selepas itu kita akan menjurus kepada beberapa perkara bagi meneliti sebab dan motif kes ini," katanya.






