BATU PAHAT: Pemandu jengkaut dan buruh sawit masing-masing dihukum penjara serta dikenakan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku salah merompak pekerja kedai telefon bimbit menggunakan pisau.
Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan lima sebatan kepada Muhammad Nurhakimin Mohd Amin, 29, manakala Mohamad Perizal Paiman, 32, dipenjara enam tahun dan tiga sebatan, berkuat kuasa dari tarikh mereka ditangkap, iaitu 28 September lalu.
Nurhakimin dan Mohamad Perizal didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan merampas wang tunai RM1,100 dan telefon bimbit milik pekerja kedai lelaki berusia 36 tahun, di sebuah kedai telefon di sini.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.








/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/aa16b69409642838a87d5ec88eb05d82.jpg)
