KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar notis yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap gabungan berkenaan.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata permohonan itu membabitkan lima pemohon yang terdiri daripada Setiausaha Agung parti-parti anggota PN.
Beliau berkata, dua pihak dinamakan sebagai responden turut disaman dalam permohonan itu iaitu Pendaftar RoS, Datuk Muhammad Zulfikar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
"Permohonan itu adalah membabitkan beberapa yang disebut sebagai perintah 'certiorari' iaitu untuk membatalkan notis yang dikeluarkan oleh RoS terhadap PN.








/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)
